Thursday, December 31, 2009

..!Buatmu Wanita!..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


~~ANJING MUSAFIR~~

Diceritakan bahawa pada suatu hari, Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makannanya untuk kali ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing. ''Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari ditempat ini?'' tanya Abdullah bin Jaafar. ''Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.'' jawab si hamba. ''Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? dan engkau sendiri akan makan apa?'' tanya Abdullah bin Jaafar. ''Wahai tuan, tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.'' jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah bin Jaafar berseru: Subhanalla, bagus..bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.''

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun deiberikan kepadanya. Setelah iu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

Wednesday, December 30, 2009

12 Azab Bagi Mereka Yg Meninggalkan Sembahyang..^^

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,''Barangsiapa yang mengabaikan solat maka Allah SWT akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya keatasnya."

3 daripadanya akan dirasai semasa di dunia:-
~Allah SWT akan menghilangkan berkat dari usahanya
dan begitu juga terhadap rezekinya.
~Allah SWT mencabut nur orang2 mukmin daripadanya.
~Dia akan dibenci oleh orang2 yang beriman.


3 macam bahaya adalah ketika dia hendak mati:-
~Roh dicabut ketika dlm keadaan yg sgt haus walaupun
ia telah meminum selautan air laut.
~Dia merasa yang amat pedih ketika roh dikeluarkan.
~Dia akan risau akan hilang imannya.


3 mcm bahaya yg akn dihadapinya ketika berada didlm kubur:-
~Dia akan merasa susah akan pertanyaan malaikat mungkar
dan nakir yg sangat menggerunkan.
~Kuburnya akan menjadi gelap gelita.
~Kuburnya akan menghimpitnya sehingga tulang rusuk kanan
bertemu tulang rusuk kiri.


3 azab di hari akhirat:-
~Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
~Allah SWT sangat murka padanya.
~Allah SWT akan menyeksanya dengan api neraka.

Friday, December 25, 2009


ALHAMDULILLAH!
:)


^^24 december 2009^^

tarikh yg tertera di atas
telah diumumkan keputusan PMR 2009!
Alhamdulillah,PMR taun ni lebih ramai dri taun lps...(127)
sume cg3 agk brbhgie..haha
tdk lpe juga kgmbiraan dan kbhagiaan hari itu
dirasaai,dikongsi dan diserikan lg
bersama-sama oleh pelajar3 cemerlang
yg berjaya mmperoleh sume A!!:)
tiada ungkapan yg mampu dikeluarkn tyme 2
selain ucapan kata yg mampu hanyalah
'alhamdulillah'!!


~~terima kasih ibu dan ayah~~
~~terima kasih cikgu~~
~~terima kasih kawan-kawan~~




~~syukur ats kjayaan pinjaman yg dbrikn olehMu ini Ya Allah...
jagalh hati3 kami agr sntiasa brsyukur dan b'sifat tawaduk padaMu..AMIIN~~

Sunday, December 20, 2009


::..HayatiLaH..::



Airmata seorang Nabi....kerana Umatnya
sungguh menyayat hati..sila baca buat pedoman untuk
kita semua:)

Tiba2 dari luar pintu terdengar seorang yang
berseru mengucapkan salam.
''Bolehkah saya masuk?'' tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
''Maafkanlah, ayahku sedang demam,'' kata Fatimah yang
membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
''Siapakah itu wahai anakku?''
''Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini
aku melihatnya,''tutur Fatimah lembut.
Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi
bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
''Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan
sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikat maut,'' kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakan tangisan. Malaikat maut
datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa
Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian
dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di
atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan
penghulu dunia ini.
''Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?''
Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
''Pintu2 langit telah terbuka, para malaikat telah
menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu,'' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak
membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan.
''Engkau tidak senang mendengar khabar ini?'' tanya
Jibril lagi.
''Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?''
''Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga
bagi siapa saja, kecuali umat Nabi Muhammad
telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik2 semakin dekat, saatnya Izrail melakukan
tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh
tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat2 lehernya menegang.
''Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.''Perlahan
Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di
sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril
memalingkan muka.
''Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?'' tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar
wahyu itu.
''Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah
direnggut ajal,'' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana
sakit yang tidak tertahankan lagi.
''Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatk.
''Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak
bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan
telinganya.
''Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum,
peliharalah shalat dan peliharalah orang2 lemah
di antarmu.'' Diluar pintu tangis mulai terdengar
bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai
kebiruan.
''Ummati, ummati, ummatiii?''-''umatku, umatku,
umatku'' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang
memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai
sepertinya? Allahumma sholli'ala Muhammad wa baarik
wa sallim 'alaihi wasallam..
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..

Saturday, December 19, 2009

Finally...

hurmm..finally!!ader jgop blog sndirik:)lme dow pk nk buat blog..lps tgk blog abg,kwn3 punye psl la nih..rse geramm plop!hee..kirenye sje je la buat blog nih..nk conteng3 jea bg mghilangkn kebuhsanan:) tpii..sy nk sgt coretan3 yg bakal diconteng akn mmbri manfaat kpd sesiapa yg mmbcenya..insyaAllah..ayuhh,bersama-sama kita membangun bersama islam!jgn trlalu leka kwn3:)