Wednesday, December 22, 2010


~KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA~


Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia,
Bersihkanlah dirmu sebelum kamu dimandikan,
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan,
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan,

Dengan kain kafan yang serba putih
,
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih,
Walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai,
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah,
Dengan empat kali takbir dan satu salam,
Berserta Fatihah, Selawat dan Doa,
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah.

Tetapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus,
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud,
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekalian Muslimin dan Muslimat!
Usunglah dirimu ke tikar solat,
Sebelum kamu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat,
Iringilah dirimu ke masjid,
Sebelum kamu diiringi ke pusara.

Tangisilah dosa-dosamu di dunia,
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa',
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan,
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan.

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan,
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal.
Bukan yang pergi.
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan.

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan,
Ingatlah di mana saja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan,
Serta menikmati rezeki Tuhan.

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya,
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya.
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membaluti tulang,
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti,
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu!

Yang kalau jatuh ke tanah,
Ayam tak patuk itik tak sudu,
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu,
Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia!
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah',
Dengan penuh rela dan bersedia.
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah',
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.

Ingatlah yang kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jalan,
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkuan Tuhan,
Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera,
Isteri, kad kredit dan kereta,
Kondominium, saham dan niaga,
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia...


# i cannot do everything,
but still i can do sumthing,
and because i cannot do everything,
i will not refuse the sumthing that i can do... (:

Monday, December 20, 2010


Hadis Sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah r.a.. katanya:

Rasulullah s.a.w. menugaskan saya menjaga zakat Ramadhan (zakat fitrah). Kemudian datang seseorang lalu diambilnya segenggam makanan. Saya tangkap orang itu dan berkata kepadanya, "Nanti aku adukan engkau kepada Rasulullah s.a.w."

Katanya,"Saya memerlukan, kerana saya mempunyai keluarga dan keperluan yang amat sangat."

Kata Abu Hurairah: Kerana itu saya lepaskan saja dia. Esok pagi Nabi s.a.w. bertanya, "Hai Abu Hurairah, apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" Jawabku, "Ya Rasulullah, katanya dia sangat memerlukan, dan dia mempunyai keluarga. Saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia."

Nabi bersabda, "Sebenarnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan datang lagi."

Saya pun yakin dia akan datang lagi, kerana kata-kata Rasulullah s.a.w. itu, lalu saya intip dia. Memang benar,dia datang lagi, dan diambilnya segenggam makanan. Terus saya tangkap dia, sambil berkata, "Nanti aku adukan engkau kepada Rasulullah s.a.w."

Katanya. "Lepaskan saya. Saya sangat memerlukan, dan saya punyai keluarga. Saya tak akan buat lagi."

Saya berasa kasihan, lalu saya lepaskan dia. Esok pagi-pagi Rasulullah s.a.w. bertanya saya, "Hai Abu hurairah, apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" Saya jawab, "Ya Rasulullah, katanya dia sangat memerlukan, dan dia mempunyai keluarga. Saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia."

Nabi bersabda, "Sebenarnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan datang lagi."

Saya intip dia lagi untuk kali ketiga. Memang benar dia datang lagi dan diambilnya segenggam makanan. Lantas saya tangkap dia seraya berkata, "Aku akan adukan engkau kepada Rasulullah s.a.w. Ini kali ketiga engkau kata tak akan datang lagi tapi engkau datang juga."

Katanya, "Lepaskan saya, nanti saya ajarkan kamu kalimah-kalimah yang diberi manfaat oleh Allah, apabila kamu membaca kalimah itu." Kataku, "Apakah kalimah itu?"

Jawabnya, "Apabila kamu hendak tidur, bacalah Ayat Kursi, (ayat 255 surah Al-Baqarah). Maka kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi."

Setelah itu saya pun lepaskan dia. Esok pagi Rasulullah s.a.w. bertanya saya, "Apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" Saya jawab, "Ya Rasulullah, dia mengajarkan saya beberapa kalimah yang katanya diberi manfaat oleh Allah apabila seseorang membacanya. Kerana itu dia saya lepaskan."

Nabi bertanya, "Apakah kalimah itu?" Jawabku, "Dia mengatakan kepadaku, apabila kamu hendak tidur bacalah Ayat Kursi dari awal hingga akhir, dan katanya, kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi."

Nabi s.a.w bersabda, "Sesungguhnya dia telah benar kepadamu, padahal dia sangat pendusta. Tahukah engkau dengan siapa engkau bercakap selama tiga malam itu wahai Abu Hurairah?"

Jawabku, "Tidak."

Sabda baginda, "Itulah syaitan."

p/s: kawan3,baca ayat kursi sebelum tidur ^,^ insyaAllah, jauh dari gangguan...

Tuesday, December 14, 2010


'''..Al-Quran Teman Di Kubur..'''


Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Pada hari kiamat nanti di hadapan Allah SWT tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya."

Melalui hadis diatas kita dapat mngetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa, apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di atas kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat, Munkar dan Nakir yang akan cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata, "Dia adalah kawanku, aku tidak akan meninggalkannya keseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke dalam syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya itu dan berkata : "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi." Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga...

~Alangkah bahagia dan indahnya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang paling rugi di hari Akhirat nanti. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di Dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikanlah ia teman di Dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. (:


p/s : jom NGAJI ! walaupun sekurang-kurangnya 10 ayat sehari...okaey teman-teman? insyaAllah!! :)

Sunday, September 05, 2010


jam tangan!


Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki kereta api. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahnya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, ''Pakcik, pukul berapa sekarang?''

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, ''saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya. Salahkah saya bertanya?''

Orang tua itu menoleh sambil berkata, ''bukannya saya tidak mahu menjawab, tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab mengenai soal ini, soal itu dan akhirnya kita akan bertambah mesra. Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. terus dia bertanya lagi, ''lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?''

Orang tua itu berkata lagi,''apabila kita bertambah mesra, ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama dan saya pasti akan mengenalkan mereka kepada kamu.''

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah,''kemudian?,tanyanya lagi.'' jawab pakcik tua tersebut,''isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah saya dan juga kamu akan jamu di rumah saya.''

''Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya.'',katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung menjadi bertambah bingung. Terus dia bertanya, ''pakcik, apakah hubungan semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawab dengan lantang, ''SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRRR!'' =P

~wallahu'alam...

p/s: ambil yg patut, buang yg x perlu dri crte kt ats..ni hnya skdr coret3 :p
~~ORANG YANG BERDOA~~

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak yang hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahawa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa kepada Allah. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagikan pulau kecil itu kepada dua wilayah dan mereka tinggal berseberangan di dua sisi pulau tersebut. Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong... Seminggu kemudian, lelaki A merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada sebuah kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki A ini berdoa memohon rumah,pakaian,dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapat apa-apa. Akhirnya, lelaki A berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi keesokan harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A dan isterinya naik ke atas kapal dan besiap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B. Menurutnya, memang lelaki B itu tidak layak menerima barakah tersebut kerana doa-doanya tidak pernah termakbul. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A mendengar suara langit bergema, ''hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?''.

jawabnya,''barakahku adalah untuk diri aku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan'',''doa lelaki temanku itu tidak satu pun dikabulkan, maka tidak layak baginya untuk mendapat apa-apa.''

''kau salah!'',suara itu membentak tinggi.'',''tahukah kamu bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa dan semua doanya dikabulkan. Jika tidak kamu tidak akan mendapat apa-apa.''


''katakan padaku...doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus merasa terhutang atas semua ini padanya?'',tanya lelaki A dengan sombong dan bongkak.

''ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!'',kata suara itu lagi...



RENUNGAN: Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? dan apa kelebihan yang kita ada sehingga melupakan orang lain?? Sedarilah wahai saudara-saudaraku betapa banyak orang dan sahabat yang telah mengorbankan segala sesuatu yang berharga demi kejayaan kita. Tidak selayaknya untuk kita mengabaikan peranan mereka. Janganlah menilai seseorang itu dengan sesuatu hanya dari apa yang terlihat sahaja,'don't judge a book by its cover..'
=)

Saturday, September 04, 2010


Dala
m Hati Manusia.....

Dalam hati manusia
ada kekusutan
tidak terurai kecuali
menerima kehendak Allah SWT


Dalam hati
ada keganasan
tidak hilang kecuali
berjinak dengan Allah SWT

Dalam hati
ada kesedihan
tidak hilang kecuali
seronok mengenali Allah SWT
dan baik muamalah denganNya

Dalam hati
ada kegelisahan
tidak tenang damai kecuali
bertemu denganNya
dan lari kepadaNya

Dalam hati
ada api penyesalan
tidak padam kecuali
reda dengan suruhan, larangan dan qadaNya
serta bersabar hingga menemuiNya

Dalam hati
ada hajat
tidak terbendung kecuali
dengan kecintaan kepadaNya
dan memohon kepadaNya
sentiasa berzikir kepadaNya
keikhlasan sebenar kepadaNya

Andai dunia dan seisinya diberi
tidak akan dapat membendung
si INSAN itu..

~Imam As Sheikh Ibn Qayyum =)

Thursday, April 01, 2010


^^Kerana Sehelai Bulu Mata^^

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat
maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh
tidak benar. Saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu
sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru
ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?
disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian
tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka
sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia
akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar
segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg
amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat
sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku
pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala
perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji,
apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata
sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman
api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa
dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan
segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin
famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku).....

~Renung-renungan (:
Andainya kasih hendak ku berikan..

"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti.."

Itulah sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi kepada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1. Kuat agamanya.
Biar sibuk macam mana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengalaman agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2. Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3. Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai orang Islam.

4. Amanah.
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja dan ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja Si Dia.

5. Tidak boros.
Dia bukanlah kedekut,akan tetapi mahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6. Tidak liar matanya.
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buatmu.

7. Terbatas pergaulan.
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, dan dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

8. Rakan pergaulannya.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9. Bertanggungjawab.
Rasa tanggungjawab dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10. Tenang wajah.
Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang sedemikian sifatnya...

~ Ya Allah..mampukah aku mendapat keredaan-Mu dan naungan-Mu di padang Mahsyar kelak?!

~ ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sambil dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "wahai pakcik..saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, ''yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bemaksud, "wahai orang-orang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." "Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu sambil menangis, "sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti??"

~Renung-renungkan~

Friday, February 05, 2010

your friend...Allah


As you got up this morning, I wanted you, and hoped you would talk to me, even if it was just a few words, asking my opinion or thanking me for something good that happened in your life yesterday. But I noticed you were too busy, trying to find the right outfit to wear. When you ran around the house getting ready, I knew there would be a few minutes for you stop and say hello, but you were too busy. At one point you had to wait, fifteen minutes with nothing to do except sit in a chair. then I saw you spring to your feet. I thought you wanted to talk to me, but you ran to the phone and called a friend to get the latest gossip instead. I watched patiently all day long. With all your activities I guess you were too busy to say anything to me.

I noticed that before lunch ou looked around, may be you felt embarrassed to talk to me, that is why you didn't bow your head. You glanced three or four tables over and you noticed some of your friends talking to me briefly before they eat, but you didn't. That's okay. There is still more time left, and I hope that you will talk to me yet. You went home and it seems as if you had lots of things to do. After a few of them were done, you turned on the TV. I don't know if you like TV or not, just about anything goes there and you spend a lot of time each day in front of it not thinking about anything, just enjoying the show. I waited patiently again as you watched the TV and ate your meal, but again you didn't talk to me.

Bedtime I guess you felt too tired. After you said good night to your family you popped into bed and felt asleep in no time. That's okay because you may not realize that I am always there for you. I have got patience, more than you will ever know. I even want to teach you how to be patient with others as well.

I love you so much that i wait everyday with a nod, prayer or though or a thankful part of your heart. It is hard to have one-sided conversation. Well, ou are getting up once again. And once again I will wait, with nothing but love for you. Hoping that today you will give me some time. Have a nice day!!
Your friend, ALLAH

Yes, I do Love God. He is my source of existence and Savior. Allah keeps me functioning each and everyday.

Without Him, I will be nothing. Without Him, I am nothing, but with Him. This is the simplest test......if you Love God, and are not ashamed of all the marvelous things he has done for you.
(:

Friday, January 15, 2010


AWAN MENGIKUTI ORANG YANG BERTAUBAT

Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannaya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang bintang buas dan nyaris mati. Ia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga ditempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada disitu."

Monday, January 04, 2010


....Iblis Bertanya....

Anas bin Malik r.a. berkata:
"Iblis telah bertanta pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir padaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

Firman Allah:
"Tempat kediamanmu adalah didalam tandas."

Iblis bertanya lagi:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, dimanakah pula tempatku?"

Firman Allah:
"Tempatmu berkumpul ialah di pasar2, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis2 maksiat."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab Al-Quran untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah:
"Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita2 benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah:
"Cerita bagimu ialah kata2 kesat dan dusta."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan bagiku?"

Firman Allah:
"Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan2Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"

Firman Allah:
"Para utusanmu terdiri daripada bomoh, tabib, dan dukun yang menduakanKu."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah:
"Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya:
"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah:
"Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya:
"Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah:
"Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya."
tempatku berkumpul?"