Thursday, April 01, 2010

Andainya kasih hendak ku berikan..

"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti.."

Itulah sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi kepada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1. Kuat agamanya.
Biar sibuk macam mana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengalaman agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2. Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3. Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai orang Islam.

4. Amanah.
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja dan ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja Si Dia.

5. Tidak boros.
Dia bukanlah kedekut,akan tetapi mahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6. Tidak liar matanya.
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buatmu.

7. Terbatas pergaulan.
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, dan dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

8. Rakan pergaulannya.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9. Bertanggungjawab.
Rasa tanggungjawab dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10. Tenang wajah.
Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang sedemikian sifatnya...

~ Ya Allah..mampukah aku mendapat keredaan-Mu dan naungan-Mu di padang Mahsyar kelak?!

No comments:

Post a Comment