Thursday, April 01, 2010


^^Kerana Sehelai Bulu Mata^^

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat
maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh
tidak benar. Saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu
sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru
ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?
disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian
tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka
sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia
akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar
segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg
amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat
sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku
pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala
perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji,
apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata
sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman
api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa
dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan
segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin
famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku).....

~Renung-renungan (:
Andainya kasih hendak ku berikan..

"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti.."

Itulah sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi kepada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1. Kuat agamanya.
Biar sibuk macam mana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengalaman agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2. Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3. Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai orang Islam.

4. Amanah.
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja dan ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja Si Dia.

5. Tidak boros.
Dia bukanlah kedekut,akan tetapi mahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6. Tidak liar matanya.
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buatmu.

7. Terbatas pergaulan.
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, dan dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

8. Rakan pergaulannya.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9. Bertanggungjawab.
Rasa tanggungjawab dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10. Tenang wajah.
Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang sedemikian sifatnya...

~ Ya Allah..mampukah aku mendapat keredaan-Mu dan naungan-Mu di padang Mahsyar kelak?!

~ ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sambil dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "wahai pakcik..saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, ''yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bemaksud, "wahai orang-orang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." "Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu sambil menangis, "sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti??"

~Renung-renungkan~