Sunday, September 05, 2010

~~ORANG YANG BERDOA~~

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak yang hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahawa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa kepada Allah. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagikan pulau kecil itu kepada dua wilayah dan mereka tinggal berseberangan di dua sisi pulau tersebut. Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong... Seminggu kemudian, lelaki A merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada sebuah kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki A ini berdoa memohon rumah,pakaian,dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapat apa-apa. Akhirnya, lelaki A berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi keesokan harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A dan isterinya naik ke atas kapal dan besiap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B. Menurutnya, memang lelaki B itu tidak layak menerima barakah tersebut kerana doa-doanya tidak pernah termakbul. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A mendengar suara langit bergema, ''hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?''.

jawabnya,''barakahku adalah untuk diri aku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan'',''doa lelaki temanku itu tidak satu pun dikabulkan, maka tidak layak baginya untuk mendapat apa-apa.''

''kau salah!'',suara itu membentak tinggi.'',''tahukah kamu bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa dan semua doanya dikabulkan. Jika tidak kamu tidak akan mendapat apa-apa.''


''katakan padaku...doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus merasa terhutang atas semua ini padanya?'',tanya lelaki A dengan sombong dan bongkak.

''ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!'',kata suara itu lagi...



RENUNGAN: Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? dan apa kelebihan yang kita ada sehingga melupakan orang lain?? Sedarilah wahai saudara-saudaraku betapa banyak orang dan sahabat yang telah mengorbankan segala sesuatu yang berharga demi kejayaan kita. Tidak selayaknya untuk kita mengabaikan peranan mereka. Janganlah menilai seseorang itu dengan sesuatu hanya dari apa yang terlihat sahaja,'don't judge a book by its cover..'
=)

No comments:

Post a Comment